Thursday, October 14, 2010

~ MARI MEMBACA ~

Baru2 ni saya ada beli sebuah buku yang bertajuk ARMAGEDON : 2012 PENULISNYA MUHAMAD ALEXANDER…ni synopsis buku tersebut:
Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.
Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.

*baru baca sampai bab 3…heheh

Monday, October 11, 2010

~ WEDDING OF THE YEAR 2010~

Venue: Hotel New York, Johor Bahru
Baru-baru ni saya telah pergi ke beberapa majlis perkahwinan kawan saya…suasana meriah masa berada di majlis perkahwinan bila bertemu kawan2 lame yg da bertahun xberjumpa…ada yg datang bersama pasangan, ada juga yg da mengendong anak, yg masih single lak mestila control cun mnela taw kot2 bertemu jodoh time tu…heheh =) masa nila masing2 sibuk bertanya perkembangan terkini…ada yg makin berkembang ada pula yg maintain…

CONGRATULATION pada Idham dan pasangannya yang melangsungkan majlis perkahwinan pada 09.10.2010 bertempat dirumah pengantin lelaki di Taman Perling dan tak lupa ucapan TAHNIAH buat Izza dan pilihan hatinya yang melangsungkan perkahwinan pada 10.10.2010 di New York Hotel.

Kepada kawan2 yg bakal dan telah melangsungkan perkahwinan pada bulan October 2010 saya ingin ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU semoga perkahwinan korang berpanjangan hingga akhir hayat…Amin.

* doakan giliran saya pula yek... =)

Thursday, October 7, 2010

~ J A S A K E L A P A S A W I T ~

Sebagai anak muda, apa yg kita tahu pasal pokok kelapa sawit? pada mulanya, saya pun tak tahu sangat kelebihan pokok kelapa sawit ni…kalau lalu kat highway…kiri kanan penuh pokok kelapa sawit ~hijau~ menyegarkan mata memandang…
Kalau anak peneroka mestila da biasa dgn pokok kelapa sawit ni..maklumlah, sumber pendapatan utama keluarga…inila dikatakan jasa kelapa sawit…pokoknya mengeluarkan buah sawit…kemudian dijual..kalau jaga dengan baik…baja cukup…lagi banyak hasilnya..lumayan…
Sekarang ni, setiap hujung minggu saya pulang ke kampung nak tolong abah menyawit…lepas abah cantas buah sawit dari pokoknya..tugas saya mengutip tandan2 buah masuk ke kereta sorong dan longgokkan di beberapa kawasan…peh, bayangkan 1 tandan hampir 2-3 kilo beratnye… kalau da 1 kebun..waaa…penatnye…
Cuba bayangkan, mak ngah saya yang umurnya da 60tahun tapi masih lagi buat kerja2 kebun yang nth brape ekar luasnye...menyawit 5hari seminggu…mmg SUPERWOMAN…saya yang mgutip buah sawit sekali smggu je pn pntnye…aduyai..leh demam…
* hehehe..cmne nk jd petani moden… =)

Wednesday, October 6, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

 Rumah Terbuka Azreen
Masih xterlambat lagi untuk saya mengucapkan Salam Aidilfitri dipenghujung Syawal ni buat keluarga, sanak saudara, kawan2 yg jao mahupun yg dkt serta insan tersayang…
Amacam raya thn ni? Meriah x? Mesti bajet tuk raya ni lebih berbanding dengan bulan2 yg lain kn… terutamanya yang mempunyai anak2 kecil…persiapan untuk mereka pasti didahulukan..btul x?
Alhamdulillah..setelah sebulan menunaikan ibadah puasa di bln ramadhan (bagi yg puasa penuh sebulan ar) hehehh…mesti banyak meninggalkn kenangan pahit manis..xlupe juga pada yg berpuasa 6hari di bln Syawal..masing2 nak mencari keredhaan Allah S.W.T.
Dalam pada kita berseronok beraya, menghadiri rumah terbuka…jgnla lupe ttg kesihatan dan keselamatan…jgn maen redah jek…boleh pecah pewot nti..kehkehkeh..
Di kesempatan ni gak…saya ingin mengucapkan ‘thank you’ kepada tuan rumah yg telah mnjemput saya sekeluarga untuk ke majlis rumah terbuka…terima kasih daun keladi…thn dpn ade rzki jmputla lg… =) nila kebaikan buat rumah terbuka….dapat mengeratkan sillaturrahim…bkn saje kaum Melayu malah 1Malaysia taw…nila masanye kenal lbih rpt jiran tetangga yg slame ni uma dorg sentiase tertutup…(maklumla sibuk bekerja…kdg xsmpt bertegur sapa)…biasela org taman… btul x?
Biasenye org Bandar ni ambil mudah…wat open house sehari je…tetamu dtg serentak bia penat sekali je…lbh senang…ari laen tetamu xyahla dtg…tp bunyinye mcm xbestla ek…heheh..
Bagi yg xde bajet nk wat open house…xyahla nk ikut trend org ade bajet…menyusahkn diri sndri lak…org kata ‘ukur baju di badan sendri’…knela berpada-pada…jgn pula masak seciput tp jemput org sekampung…bkn ape..tuk mengelakkan org mengata…yela..nti tuan rumah malu sendri bile mknn da abis tapi tamu berduyun tiba…alahai…kecian kn…Ape pun klo ade yg terjadi cmni…kita jadikan iktibar ye…jgn ade yg trase ati lak…klo ade yg salah saya mohon maaf … ~ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN ~
*Lebih baik wat kenduri/majlis marhaban…semoga tuan rumah & tamu mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. ..Amin…

Tuesday, October 5, 2010

selamat datang =)

hai...selamat datang ke blog saya... =) mmmm...firstly,saya pun tak tahu nak tulis pe kat sini...mcm2 perasaan ade...excited...terkedu pn ade...actually, da lme nk wat personal blog...tp xberkesempatan lak...tkut ketandusan idea...maklumla..org yg ade blog ni selalunye rajin update blog dorang...Harap2 saya mmpunyai kekuatan daya dan kelapangan masa untuk berkongsi idea mahupun pengalaman saya bersama teman2 dan pengunjung blog saya...bantulah saya dengan menyokong dan memberikan respon samada kritikan mahupun cadangan dengan setiap apa yang saya ingin kongsikan ye... =)